Tuesday, March 15, 2011

leukimia?

nape aku buat post ni? ish~ tetibe je!



Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.

Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Di dalam aliran darah manusia terdapat komponen darah berbentuk zat cair yang dinamakan plasma darah. Terdapat juga komponen darah yang membentuk sel dan terdiri daripada 3 jenis sel yang mempunyai fungsi masing-masing.

LEUKEMIA YANG SERING BERLAKU

  1. Leukemia limfositik akut
    • Leukemia jenis ini banyak berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menyerang orang dewasa terutamanya yang berusia 65 tahun ke atas.

  2. Leukemia mielositik akut
    • Leukemia jenis ini juga biasa menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.

  3. Leukemia limfositik kronik
    • Banyak menyerang orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas dan juga dewasa muda.

  4. Leukemia mielositik kronik
    • Biasanya menyerang orang dewasa.

TANDA-TANDA YANG SERING BERLAKU

Di bawah adalah tanda-tanda yang biasa ditunjukkan oleh pesakit :

  1. anemia - pucat, letih dan pendek nafas
  2. mudah jatuh sakit
  3. sakit anggota badan; jika sakit pada kaki pesakit akan berjalan tempang
  4. purpura - ruam warna jingga yang tidak hilang bila di picit
  5. mudah lebam
  6. hidung kerap mengalami pendarahan
  7. hilang nafsu makan dan turun berat badan

* Pada leukemia akut limfositik, sel leukemia menyerang otak atau jaringan saraf sum-sum tulang. Ini akan menimbulkan gejala seperti sakit kepala, muntah, bingung, gerakan tidak terkawal, kejang dan sakit otot. Sel leukemia juga boleh menyerang buah zakar dan menyebabkan pembengkakan.

2 comments:

  1. hehehehe~
    Ntah~ tnggu result scan ak nnti..
    Doa2kan la ye~

    ReplyDelete